Posts

Showing posts from April, 2012

Telefon Bimbit - Punca Stres?

Image
Telefon bimbit yang dibawa bersama ketika tidur boleh mengundang tekanan atau stres , sekali gus memberi kesan kepada keanjalan kulit. Menurut pakar perubatan, cahaya dari skrin telefon bimbit boleh mengganggu kitaran tidur tubuh yang menyebabkan ia terdedah kepada tekanan. Menurutnya lagi, sememangnya tidur yang berkualiti mampu membantu mendapatkan kulit yang sihat dan muda. Selain mengelakkan telefon bimbit ketika tidur, kita juga boleh mendapat tidur yang nyenyak dengan cara melakukan senaman ringan, menarik nafas panjang dan bermeditasi bagi membantu meningkatkan perjalanan darah pada tubuh. Kesan Apabila Stres... Menurut beliau, masalah kulit seperti kekeringan, pucat atau merekah, berpunca daripada tekanan yang disebabkan penghasilan hormon kortisol yang berlebihan dalam badan. Hormon tersebut bukan setakat menjejaskan kulit, malah ia menyebabkan pengumpulan lemak pada bahagian organ. Sejurus badan menghasilkan kortisol, paras gula dalam darah akan bertambah dan