Saturday, 17 September 2016

Bagaimana Orang Di Luar Sana Membina Hidup Mereka ?


Cuba kita lihat di luar sanabagaimana masyarakat membina hidup mereka. Ada yang bekerja dan juga berniaga. Bagi yang bekerja, rutin mereka bermula seawal pagi iaitu bangun pukul 5 pagi, bersiap untuk solat subuh dan bergegas keluar dari rumah ke tempat kerja secepat mungkin untuk mengelak kesesakan lalu lintas dan ada sesetengahnya terpaksa singgah ke beberapa destinasi untuk menghantar anak kepada pengasuh dan kemudian menghantar isteri ke tempat kerja & terus ke tempat kerja sendiri.

Sesudah sampai di pejabat, mereka memulakan kerja sehinggalah pukul 5 petang dan ada yang kekadang sampai pukul 7 petang baru pulang dari pejabat. Kemudian, kelam kabut hendak sampai ke rumah. Bagi isteri yang bekerja terpaksa memasak untuk keluarga. Pukul 8 malam makan malam, pukul 9 malam berehat tengok TV atau TV 'tengok' mereka (tidur) sehinggalah pagi esoknya. Dan kemudian, rutin bermula lagi pukul 5 pagi keesokkannya. Mereka yang berniaga juga tidak jauh berbeza rutin mereka dengan mereka yang bekerja, malahan mereka bermula lagi awal dan pulang lebih lambat berbanding anda yang bekerja. PERSOALANNYA, BERAPA LAMA DAH HIDUP BEGINI ?? - 20-30 TAHUN !!

Adakah mereka ini sebenarnya enjoy dengan hidup sebegitu? Adakah ini sebenarnya gaya hidup yang kita hendak bina sebenarnya? Jika kita ada lagi 10 tahun untuk bekerja, adakah kita ingin melalui rutin harian di atas lagi 10 tahun ?? Tolong fikirkan tentang situasi ini... 

Mengapa Anda Bekerja ? Soalan yang bagus. "Saya tidak sempat bertanya soalan itu kepada diri sendiri semasa mula bekerja. Kenapa saya perlu mengetahui jawapannya ?" Ini sebahagian daripada jawapan yang diberikan oleh pekerja apabila ditanya soalan di atas. Ramai orang tidak pernah memikirkan kenapa anda memilih bekerja sebagai pekerja. Mari kita sama-sama merungkai persoalan ini.

PERKARA ASAS kenapa seseorang perlu bekerja adalah bagi mendapatkan  wang untuk menampung kos sara hidup yakni GAJI. Apa sebenarnya maksud GAJI ? Siapa yang membayar wang kepada anda? - MAJIKAN tentunya. Siapakah Majikan pada anda? Sebenarnya Majikan anda adalah 'PELANGGAN' anda. Anda memberikan khidmat terbaik kepada majikan anda, dan jika majikan anda berpuas hati dengan khidmat anda, maka dia akan membayar khidmat anda dalam bentuk wang gaji. Ada ketika anda mungkin akan kehilangan 'pelanggan' anda jika mereka tidak berpuas hati dengan khidmat anda. Dukacitanya, 'pelanggan' anda hanya ada seorang iaitu majikan anda sekarang.

TETAPI, majikan anda pula, siapa yang beri wang kepadanya ? Majikan anda juga sebenarnya memberi khidmat kepada pelanggannya, CUMA bezanya pelanggan majikan anda lebih RAMAI. Jadi sebenarnya yang dikatakan rezeki 9/10 itu datangnya dari pelanggan-pelanggan majikan anda dan baki lagi 1/10 sebenarnya untuk anda. Jadi, GAJI = DUIT dan DUIT sebenarnya adalah PELANGGAN. Jika anda inginkan rezeki 9/10 seperti majikan anda, anda juga perlu ada pelanggan yang ramai. PERSOALANNYA, bagaimana anda hendak mempunyai pelanggan yang ramai seperti majikan anda ?

Gerai Nasi Ayam...

Cuba imbas semula, pernah tak anda melihat sebuah gerai menjual nasi ayam (soal sedap atau tidak kita tolak ke tepi dahulu), ketika kita masih kecil hinggalah kita dewasa, gerai tersebut masih ada lagi di tempat yang sama, saiz kedai yang sama cuma mungkin orang yang melakukan bisnes tersebut disambung oleh anaknya ? Jadi, kalau difikirkan sejenak, apa yang menyebabkan gerai tersebut masih kekal hingga ke hari ini ? sebab adanya PELANGGAN. Pelanggannya mungkin sekitar 100-500 pelanggan yang datang ke gerainya setiap hari, asalkan ada pelanggan, ia tetap dibuka sehingga ke hari ini. Cuma mungkin pelanggannya terhad di kawasan sekitar gerainya sahaja.

Ayam KFC...

Bagaimana pula dengan Ayam KFC ? Apa bezanya Ayam KFC dengan gerai Nasi Ayam tadi ? Tolak ketepilah sebab ia sistem francais. Yang paling penting di sini, KFC memikirkan untuk memiliki pelanggan dari SELURUH DUNIA ! Jadi apa cara KFC mendapatkan pelanggan dari seluruh dunia ? KFC tidak perlu membuka restorannya sebesar Tesco atau Giant untuk menambah angka pelanggannya TETAPI apa yang dilakukannya adalah dengan membuka seberapa banyak outlet-outlet kecil restoran KFCnya merata tempat di seluruh dunia dan hasilnya, KFC memiliki pelanggan dari seluruh dunia. Di Malaysia sahaja KFC mempunyai  hampir 400 outlet. Katakan setiap outlet memiliki 1000 pelanggan dan setiap pelanggan hanya membelanjakan RM 20 sahaja. Jumlah jualan KFC seluruh Malaysia adalah sebanyak, 400 outlet x 1,000 pelanggan x RM 20 = RM 8 Juta !

Luar biasa bukan ? Seterusnya, jika anda sudah mula faham akan cerita di atas, sama ada anda setuju atau tidak, untuk membina asas pelanggan adalah dengan cara berniaga. Apa maksud bisnes sebenarnya ? Mudah sahaja. Sebagai contoh, jika anda perlukan baju, saya ada baju dan saya berikan pada anda dan apa yang anda beri pada saya? - DUIT. Kalau anda lapar, saya berikan kepada anda nasi berlauk dan anda berikan saya juga DUIT. Maksudnya, bisnes wujud bila ada keperluan dan jika kita penuhi keperluan tersebut, kita akan dapat duit. Semudah itu sahaja.

Tuesday, 13 September 2016

Adakah Kehidupan Ini Berdasarkan Takdir Allah atau Pilihan HambaNya

Hari ni apabila berkata tentang kehidupan, tidak ramai yang sering memperkatakan mengenainya apatah lagi berkaitan dengan kehidupan masing-masing. Kebiasaannya ada 2 kemungkinan : 1. Perkara yang positif atau 2. Perkara yang negatif. Percaya atau tidak, kehidupan kita dicorak melalui pengalaman silam samada pengalaman manis ataupun pahit yang terbawa-bawa sehingga ke hari ini dan hidupnya sering 'dihantui'. Kadangkala ada yang berpendapat bahawa kehidupan ini begitu sukar. Benarkah begitu? Sukarnya itu di mana?

Adakah benar sebenarnya kehidupan kita ini telah ditentukan Allah atau dengan kata lain sudah takdir kehidupan begitu...betul ke? atau sebenarnya kita sendiri yang pilih kehidupan yang macam mana kita inginkan? kalau sebagai takdir, kenapa Allah berfirman : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu (terlebih dahulu) mengubah apa yang ada dalam dirinya." Ayat ini juga menunjukkan bahawa kehidupan kita ini bukan lah takdir yang ditentukan secara total tanpa boleh diubah.. Ubah di sini membawa maksud kepada PERUBAHAN PEMIKIRAN..cara kita berfikir yang sebenarnya perlu kita ubah terlebih dahulu barulah datangnya perubahan dari segi fizikal. Cara kita berfikir yang mencorak kehidupan kita dikemudian hari... jika setiap hari pemikiran kita terlalu banyak menjurus ke arah perkara yang negatif maka itulah yang sering berlaku dalam kehidupan kita dan mungkin akan terus menghantui hidup kita. Justeru, BERTINDAK lah berdasarkan PENGAJARAN MASA SILAM dan PERANCANGAN UNTUK MASA HADAPAN yang lebih baik dan diberkati ALLAH S.W.T..


Friday, 12 August 2016

TERBARU !! KAJIAN DI BRAZIL MENGENAI ELEMEN ANTI PEMBEKUAN DARAH DALAM GAMAT


Pada September 1996, saintis Brazil melalui terbitan "Jurnal Kimia Biologikal", menyatakan bahawa gamat mengandungi KONDROITIN SULFAT yang mempunyai aktiviti ANTI-KOAGULAN (Anti Pembekuan Darah).

Ini pastinya berita baik bagi mereka yang mengalami masalah kepekatan darah yang tinggi dan dapat membantu pesakit strok.



#DoktorGamat
#JeliGamatGOLD

Wednesday, 10 August 2016

TERKINI !! KAJIAN SAINTIS MALAYSIA TERHADAP ANTI KERADANGAN & ASID LEMAK DALAM GAMAT



Pada bulan Oktober 2011, melalui terbitan saintis Malaysia berjudul "Marine Drug", menyatakan bahawa gamat MENGURANGKAN KERADANGAN

Ia juga mengandungi ASID LEMAK , seperti ASID ARAKIDONIK yang menggalakkan PENYEMBUHAN LUKA.



#DoktorGamat
#JeliGamatGOLD

Saturday, 6 August 2016

TERBARU !! KAJIAN ANTI-KANSER DALAM GAMAT DI CHINA


Terbitan Saintis China, "Cancer Biology & Therapy" pada bulan Ogos 2005, menunjukkan bahawa gamat mengandungi sebatian yang dikenali sebagai  Philinopside E, atau PE. PE MENGHALANG pembentukan saluran darah (Anti-Angiogenesis) yang membekalkan nutrien kepada tumor. Ini menyekat pertumbuhan dan perkembangan sel kanser.

#DoktorGamat
#JeliGamatGOLD

Friday, 5 August 2016

TERBARU !! KAJIAN SAINTIFIK TERHADAP GAMAT SEBAGAI ANTI-KANSER


AMAZING !! Kajian di Amerika, China, Rusia dan Jepun menunjukkan bahawa GAMAT seperti GINSENG dan GANODERMA, kaya dengan SAPONIN.

Kajian farmakologi menunjukkan bahawa saponin mempunyai ciri-ciri ANTI-RADANG dan ANTI-KANSER.

Selain itu, Saponin dan ekstrak metanol gamat menunjukkan kesan anti-virus. (Mulloy et al. (2000).)

#DoktorGamat
#JeliGamatGOLD

Saturday, 25 June 2016

PAKAR MERAWAT GASTRIK

" AMAZING ! DALAM MASA 3 MINGGU JER WANITA INI BERJAYA JINAKKAN GASTRIK YANG MENGHANTUI DIRI SEKALIGUS BOLEH BERPUASA TANPA PERLU MAKAN UBAT "
.
.
Uols selalu tak rasa..
.
..sakit perut di bahagian atas perut & tidak hadam makan..?
..pening kepala..?
..mengalami angin. Terasa sakit di bahagian ulu hati sendawa & kentut yg kerap..?
..muntah..?
..badan rasa lemah lesu..?
..berat badan menurun..?
..najis menjadi hitam @ gelap (kerana ia sebati dgn darah)..?
.
Kalau YA, kemungkinan uols menghadapi GASTRIK..
.
Jika dibiarkan kesannya sangat buruk.. ada setengah kes boleh jadi KANSER PERUT.. Nauzubillah.. =(
.
.
Penyakit Gastrik atau Gastritis ni merujuk kpd keradangan pd lapisan dinding perut.
.
"Macam mana tu?"
.
Alaa dalam perut kita ni kalau uols nk tau, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut kita daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses pghadaman makanan di dalam perut.
.
Jadiii.., keradangan dinding perut ni blaku apabila tdapat bahan asing yg mghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut. Tu yg uols rasa pedih tu.. faham tak? =)
.
Untuk details uols boleh klik link ni :
.
.
" So, macam mana nak buat ni? Tak tahan dah ni.. "
.
.
Relakss... Berita baiknyaaa.. Jeli Gamat GOLD merupakan PAKAR dalam merawat masalah gastrik. Ia akan memulihkan semula sel dinding perut yg dh luka dan membentuk semula lapisan mukus baru utk melindungi semula dinding perut uols.
.
.
" Betul ke berkesan ni tuan? "
.
.
Betuiii.. ini citer dr pengalaman & kajian saintefek tau.. dah 19 tahun produk ni memberi manfaat kesihatan kepada org lain..
.
DIJAMIN 100% ASLI dan BerGRED A !
.
Selain tu kan, jeli gamat gold ni juga boleh merawat pelbagai jenis penyakit lain, antaranya :
.
▶Thyroid
▶Batu Hempedu
▶Darah Tinggi 
▶Kencing Manis
▶Kolesterol / Asid Urik
▶Gout
▶Buasir
▶Berkaitan Saraf
▶Masalah berkaitan darah
▶Strok
▶Senggugut
▶Asma
▶Migrain
▶Resdung
▶Demam campak
▶Masalah usus
▶Masalah sendi
▶Angin dlm badan
▶Sebagai suplemen untuk pencegahan dll
.
" Wahh banyak manfaat dia ye tuan?..Semua boleh tuuu "
.
.
Haa tu yg ramai tak tahu rahsia gamat ni.. Sebenarnya apa sahaja masalah kesihatan ni bermula dengan Sel, bila sel lemah & 'jatuh sakit' organ pun sakit..
.
Tu kerja gamatlah yg bertindak sebagai DOKTOR SEL.
.
Sesuai untuk semua peringkat umur.
.
.
" Berapa rege nya ni tuan? "
.
.
MURAHHH jerr.. BERBALOIIII sangattt...
Boleh MERAWAT & MENCEGAH..
FUNGSI PELBAGAI..
KUALITI BERTARAF EKSPORT..
.
Sebotol hanya RM85 jew.. (tidak termasuk postage) sebotol tahan tuk 2 minggu.. sy cadang ambil 2 botol terus untuk 40 hari baru nampak kesan ketara. INSYAALLAH..
.
.
" Takda promo ke tuan.. ? Bglah diskaun ckit.. plssss "
.
.
Sabar.. sabar.. memang tuk uols ni nak bg offer menarik ni hehe
.
.
♥♥♥ PROMOSI RAMADHAN ♥♥♥
.
Ramadhan nak habis dh ni.. Untuk pembelian 2 botol Jeli Gamat GOLD, postage kami belanja. Amacam ok tak? Byk dh jimat tu kan=)
.
Masa tawaran terhad ye kalau nak pos sebelum raya buat pembelian sebelum 29 JUN 2016 keh.
.
Pm 018-359 7495 (Man)
.
CEPAT GRAB TAWARAN NI =)
.
‪#‎Gastrik‬
‪#‎JeliGamatGold‬
‪#‎JomBuatDuitDenganBisnesGamat‬
‪#‎DoktorSel‬

Thursday, 21 April 2016

PUNCA SEL ROSAK


Unit asas bagi benda hidup atau sesuatu organisma bermula daripada 1 unit sel yang asas.

Dari 1 unit sel asas ini akhirnya akan berlaku proses gabungan unit-unit sel yang lain sehingga membentuk tisu. Tisu akhirnya bergabung dengan beberapa lapisan tisu yang lain membentuk organ-organ penting dan seterusnya gabungan fungsi-fungsi organ ini akan membentuk 1 struktur system tubuh badan manusia yang sempurna dari segi sifat fizikalnya.

Namun, sel juga mampu lemah, jatuh sakit, rosak & mati. Apabila ini berlaku ia akan memberi kesan buruk kepada tisu, organ dan seterusnya tahap kesihatan kita akan terjejas.

Di sinilah Allah tunjukkan akan KebijaksaanNya dan betapa Kasih & PemurahNya Dia, Allah bagi kita mempunyai mekanisme penyembuhan sendiri semulajadi di mana setiap hari sel akan mengalami proses regenerasi untuk menghasilkan sel-sel yang baru.

Sebab itu, jika badan kita sihat & proses regenerasi ini berlaku dengan sempurna setiap hari, sebenarnya setiap 4-5 tahun badan kita merupakan komponen yang baru.

Justeru, dengan pengambilan Jeli Gamat GOLD dapat membantu memulih dan meremajakan sel-sel serta dapat mencegah tumor berlaku sebab sel sentiasa sihat dan imun sistem diperkuatkan.

Selain itu, kombinasi dengan Spirulina Pacifica membekalkan 46 nutrien penting yang diperlukan sel semasa proses regenerasi dan membantu proses detoks berlaku dengan lebih efektif dan mengkhasiatkan tubuh badan.

Jom kekal sihat dan anggun menjelang syawal dengan mengamalkan Jeli Gamat Gold & Spirulina Pacifica.

Pm / whatsapp 018-3597495


Monday, 11 April 2016

Beli Daripada Sumber Yang Dipercayai





Exotic delicacy: Imported sea cucumber sold at one of the shops in Kota Kinabalu.



Don: Get sea cucumber from those culturing them to avoid poisoning



PETALING JAYA: Those who wish to consume the sea cucumber during Chinese New Year, considered a delicacy, should purchase it from a trusted source to avoid any poisoning, said Universiti Sains Malaysia's marine biologist Prof Dr Zulfigar Yasin.

He said that in recent years, some unscrupulous traders had mixed poisonous sea cucumbers with non-poisonous ones due to high demand.

“It is best to purchase them in wet condition as it is easier to differentiate them.

“And buy from people who are culturing them or from reputable sources,” he said when contacted.

Dr Zulfigar said that sea cucumber that were edible were usually larger in size.

“It is easier to identify an edible sea cucumber when bought fresh rather than dry,” he said.

However, he cautioned that the poisonous ones would look similar to the non-poisonous ones, which made it difficult for others to note the difference.

He said that he had seen people collecting poisonous ones along the Straits of Malacca and sold them to interested buyers.

“The very poisonous sea cucumber is the Holothuria atra species which is black in colour and has smooth skin,” he said, adding that in some Pacific islands, they were used to poison fish.

Dr Zulfigar said that holothurin poisoning was rare and difficult to be detected in the blood because the amount of poison was too minute, while poisoning could also happen when other contaminated shellfish were eaten together with the sea cucumber.

There were more than 100 common sea cucumber species in Malaysia and the Chinese consumed them as food while the Malays used them as medicine, he said.

The Chinese consume several species including many Stichopus species and the Holothuria scabra (or sandfish) while the Theleonata Ananas were valuable species, he said.

For the Malays, the Stichopus hermanii species was used as medicine as a drink or ointment, he added.

He said that many sea cucumbers were found in deep waters while some only came out of the reefs at night.

In KOTA KINABALU, a local sea cucumber wholesaler said in Sabah, about 20 species were harvested, processed and exported to restaurants in peninsula Malaysia.

“However, there are one or two species that we do not use as they are quite toxic,” he said, adding that most of their stock were obtained from Sabah's east coast Semporna.

The wholesaler, who only wanted to be identified as Qian, said lower grade sea cucumbers cost slightly over RM100 for each kilo while those of good quality could fetch up to between RM800 and over RM1,000.

Chinese medicine shop owner Paul Huang said that most buyers would consume sea cucumber for better blood circulation as well as to ease joint pains.

Don: Get sea cucumber from those culturing them to avoid poisoning - Nation | The Star Online.





Untuk Pesanan whatsapp 018-3597495


# Like & Share!



Saturday, 9 April 2016

Atasi Gastrik


Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.

Penyakit gastrik merupakan penyakit yang kian berleluasa. Alhamdulillah dengan izin Allah, penyakit gastrik boleh dirawat dan tidak seharusnya menyebabkan anda risau. Sebelum rawatan dimulakan, punca penyakit gastrik harus disiasat supaya kita dapat mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kehilangan lapisan mukus pelindung perut.

Punca gastrik

Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.

Simptom gastrik

Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.

Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.

Rawatan moden

Sebelum rawatan gastrik dapat dimulakan, siasatan dan diagnosis harus dilakukan terlebih dahulu.

Ujian darah lengkap dilakukan untuk mengetahui sama ada pesakit kehilangan darah yang banyak atau anaemik.

Najis turut diperiksa untuk mengesan jika mempunyai sebarang kesan darah. Dalam sesetengah kes, kamera kecil perlu dimasukkan ke perut (endoscopy) untuk diagnosis yang tepat.

Malah, ujian kultur bakteria di dinding perut dilakukan untuk mengesan kehadiran bakteria H. pylori yang boleh menyebabkan keradangan dinding perut.

Rawatan moden gastrik memerlukan pesakit untuk mengelak daripada punca-punca sakit gastrik.

Sebagai contoh, jika penyakit gastrik berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu, maka pesakit harus berhenti mengambil ubat tersebut.

Kemudian, ubat anti-asid seperti Omeprazole dan Famotidine akan diberi kepada pesakit untuk bertindak terhadap kandungan asid yang berlebihan.

Jika didapati bahawa kuman H.pylori adalah punca utama gastrik, rawatan akan melibatkan pemberian ubat antibiotik untuk melawan jangkitan kuman tersebut.

Komplikasi

Komplikasi penyakit gastrik timbul daripada kemusnahan sel dinding perut berterusan.

Tanpa perlindungan daripada mukus semulajadi di permukaan dinding perut, asid perut semulajadi dihasilkan oleh perut akan menyerang sel-sel dinding perut dan menyebabkan kemusnahan dinding perut tersebut.

Kemusnahan yang berterusan akan menyebabkan ulser perut dan pendarahan di dinding perut.

Pendarahan yang tidak terkawal di dinding perut akan menyebabkan anaemia, pening kepala dan pengsan akibat daripada kekurangan darah.

Apa yang merisaukan ialah selalunya pesakit gastrik tidak sedar masalah pendarahan dalaman tersebut sehingga masalah tersebut sudah mencapai ke tahap sangat serius.

Maka, adalah sangat penting bagi pesakit untuk sentiasa berjaga-jaga dengan tanda awal pendarahan dalaman tersebut.

Malah, terdapat bukti klinikal terbaru menunjukkan gastrik kronik boleh menyebabkan penyakit kanser perut.

Rawatan Al-Quran

Daripada pengalaman saya, ramai pesakit gastrik yang berubat di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah mengalami perubahan positif ketara selepas mempraktikkan rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Amalan pembacaan al-Quran secara konsisten setiap hari memberi banyak manfaat dan ketenteraman hati kepada pesakit.

Ramai pesakit Al-Hidayah berjaya membentuk banyak sifat terpuji seperti sabar, tekun dan sangka baik setelah membaca al-Quran setiap hari.

Rasulullah saw ada menyentuh tentang pembentukan sifat sabar dalam diri manusia. Rasulullah saw bersabda : "…barang siapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…" (HR. Bukhari).

Setiap pesakit gastrik yang datang berubat, akan diperiksa terlebih dahulu jika ada sebarang gangguan makhluk halus.

Perawat Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah akan mengeluarkan gangguan jika ada dan seterusnya memberikan ayat berikut untuk diamalkan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan.

Ayat-ayat tersebut adalah:

> Surah al-Buruuj ayat 1 hingga 22

> Surah Ghafir ayat 41 hingga 55

Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Buruuj tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Ghafir tiga kali pada waktu siang.

Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.

Pesakit harus ingat bahawa apa-apa penyembuhan hanya dengan izin Allah. Oleh itu, kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Seperti di dalam surah al-Mukminun ayat 111, Allah swt berfirman; “Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya.“

Penutup

Kesimpulannya, jangan memandang remeh penyakit gastrik. Jika dibiarkan tanpa rawatan, dikhuatiri pesakit akan menghidapi gastrik kronik dengan simptom berbahaya.

Jika merasa anda mempunyai simptom gastrik saya nasihatkan agar tuan atau puan cepat berjumpa pegawai perubatan atau perawat Al-Hidayah untuk pemeriksaan lanjut.

Jangan tunggu hingga gastrik menjadi kronik dan pendarahan dalaman berlaku.

Jika anda adalah pesakit gastrik, tidak kira sama ada tahap awal atau kronik, jangan berputus asa berikhtiar dan berdoa sepenuh hati untuk penyembuhan penyakit gastrik.

Sesungguhnya, setiap penyakit merupakan satu ujian Allah dan turunnya sesuatu penyakit atau musibah bukannya bermakna Allah kejam atau membenci kita.

Musibah merupakan ujian untuk hamba-hambaNya yang beriman. Jangan ingat bahawa kita sudah cukup beriman selagi kita belum diuji Allah dengan musibah atau ujian yang pasti mencabar iman dan kesabaran kita sebagai hambaNya yang hina.

Allah berfirman di dalam surah al-Furqan ayat 75 yang bermaksud; “Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya."

© Utusan Melayu (M) Bhd
~Rawatan Alternatif~

Jeli Gamat Gold dapat membantu untuk masalah gastrik. Ia berfungsi untuk membina kembali sel dinding perut yang telah terhakis dan mungkin mengalami luka dan pendarahan. 

Spirulina Pacifica pula yang bersifat alkali membantu untuk menstabilkan kembali keasidan di dalam perut supaya masalah gastrik dapat diatasi.

Atasi hari ini kerana Gastrik juga bole menjadi satu penyakit merbahaya. bagi mereka yang mempunyai jadual pemakanan harian yang tidak teratur, Amalkan jeli Gamat Gold dan Spirulina Pacifica supaya anda dijauhi daripada Gastrik.



Untuk Pesanan (klik)

Friday, 8 April 2016

Segarkan Hari Anda Dengan Jus Detox

Jus Detox & Menyegarkan

Badan manusia mempunyai sistem detoks sendiri iaitu organ hati, usus, dan ginjal. Detoks dilakukan untuk memastikan sistem badan bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar.

Selain itu, ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar. Cubalah jus yang menyegarkan ini. Ia bukan sahaja berkhasiat, tetapi juga membantu proses detoks semula jadi tubuh anda, membantu anda mengekalkan tahap tenaga setiap hari!

Jus Dwi-Warna *Sajian untuk seorang


Bahan-bahan :
Tembikai ... 300g
Timun ... 1 biji
Jeli Gamat GOLD ... 1-2 sudu besar
Air Sejuk ... 200ml

Cara Penyediaan :
Buangkan kulit tembikai dan potong menjadi kepingan kecil. Cuci timun sehingga bersih dan hiris halus. Memasukkan tembikai dan timun Jepun ke dalam mesin pengisar buah-buahan, tambahkan air sejuk dan kisar menjadi jus. Tuangkan jus ke dalam gelas. Tambahkan 1-2 sudu Jeli Gamat GOLD dan minum.



Thursday, 7 April 2016

Berjam-jam Dalam Bilik Air


SEMBELIT ialah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti oleh mengerang (straining), sakit sewaktu buang air, dan buang air dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering. 


Individu yang menghidapi masalah sembelit harus peka dengan penemuan darah atau lendir dalam najis kerana kewujudan darah atau lendiran mukus boleh membawa petanda masalah yang lebih serius seperti polyps (ketumbuhan pre kanser) atau penyakit radang usus besar.

Pengumpulan gas ini adalah akibat daripada najis tidak dapat keluar dariapada usus. Ketegangan pada usus ini seterusnya menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa.

Secara umumnya, masalah sembelit adalah berpunca daripada kurangnya minum air. Kuantiti air yang perlu diminum oleh setiap individu dewasa ialah sebanya 2.5 liter air sehari. Kurangnya minum air boleh menyebabkan najis mengeras dan menyukarkan pergerakan najis keluar daripada salur rektum (salur usus yang terakhir). 

KURANG MAKANAN PELAWAS seperti sayuran dan buah buahan juga menyumbang kepada berlakunya masalah sembelit. Pelawas (fiber) adalah bahagian serat pada buah buahan dan sayur sayuran yang tidak dapat dicernakan oleh badan dan ia dibuang keluar melalui najis. Serat/pelawas ini berupaya menyerap air dan memastikan najis lebih lembut dan mudah untuk ditolak keluar dari usus akhir (rektum).

BERSUKAN juga tidak kurang pentingnya bagi mengelakkan masalah sembelit. Hal ini mungkin kerana dengan bersukan, pergerakan najis keluar dari usus menjadi lebih cepat.

UMUR yang lanjut juga merupakan faktor berlakunya masalah sembelit. Selain itu, pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan biasanya mempunyai usus yang kurang aktif dan sakit dan ini boleh menyebabkan masalah sembelit. Tandas yang jauh dari rumah (tandas kampung) menyebabkan seseorang itu takut untuk keluar malam untuk buang air, juga walaupun nampak remeh, menyebabkan masalah sembelit.

Selain masalah masalah umum yang biasa kita jumpa di atas, terdapat masalah masalah lain yang lebih serius yang boleh membawa kepada masalah sembelit. Antaranya ialah:

>Luka pada lubang dubur.

>Rektum runtuh

>Terdapatnya kanser pada rektum

>Ulser pada lapisan dinding usus (mukosa)

>Radang usus besar Ulcerative colitis dan Crohn's disease (mereka juga membawa kepada masalah cirit birit)

>Radang diverticulum

RAWATAN

Berita baik di sini JELI GAMAT GOLD & SPIRULINA PACIFICA dapat membantu anda untuk menyelesaikan masalah sembelit. Jeli gamat Gold akan melembutkan usus anda dan memudahkan proses pristalsis berlaku..Spirulina pacifica akan membuang segala toksin yang terkumpul di dalam badan anda tanpa mengganggu bakteria baik di dalam perut anda. Cuba hari ini untuk mengempiskan perut dan mengatasi masalah sembelit..


Untuk Pesanan Whatsapp 018-3597495

Wednesday, 6 April 2016

Makanan Untuk Otak



SARAPAN pagi bukan sekadar untuk kesihatan badan tetapi baik untuk otak. Kajian terkini mendapati kandungan bakteria baik (Lactobacillus dan Bifidobacterium) dalam yogurt bukan sahaja memberikan kebaikan pada perut anda tetapi turut menghasilkan neurokimia (rangsangan kimia baik dalam tubuh sama seperti serotonin dan dopamin) yang melancarkan peredaran darah dalam tubuh termasuk di kawasan otak. Kesannya emosi dan psikologi anda menjadi lebih stabil dan sentiasa sihat. Mulakan pagi anda dengan pengambilan yogurt untuk otak yang lebih sihat.

Selain itu juga, anda juga boleh mengambil sebiji Krill Omega Plus sebagai hidangan pagi anda kerana ia membantu pertumbuhan otak dan sistem saraf yang sihat. Ia meningkatkan konsentrasi, daya ingatan dan pembelajaran serta menguatkan emosi yang sihat. Cubalah hari ini!



Untuk pesanan whatsapp 018-359 7495

Tuesday, 5 April 2016

10 Sebab Jeli Gamat GOLD Minuman Kesihatan Abad Ke-21




Rahsia...Sentiasa Cergas, Bertenaga & Awet Muda :


> Sistem Metabolisme badan yang sihat - Dapat membina sel-sel badan baru, amat penting untuk :-

a. Awet muda (Kulit cerah berseri, bersih, gebu, anjal dan tegang)

b. Proses Tumbesaran, terutama untuk bayi dan kanak-kanak.

> Tulang dan Sendi yang sihat

> Sistem Imunisasi badan yang kuat (Sel-sel badan Sihat)

> Sistem peredaran darah lancar

> Sistem penghadaman baik

> Sistem pernafasan baik

Masyarakat Cina mengamalkan sebagai makanan sementara masyarakat Melayu mengunakan Gamat sebagai ubat tradisional. Semuanya bagi tujuan KESIHATAN.



Hubungi admin 018-3597495 untuk pesanan=)

Jom Like & Share page House Of Gamat GOLD

Monday, 4 April 2016

Kenali Punca Kelemumur


Rambut adalah mahkota buat wanita. Menjaganya bukan sukar tetapi tidak mudah. Tidak kena gaya, rambut akan mudah rosak, berkelemumur, gugur dan beruban sebelum masanya. Walaupun bertudung penjagaan rambut tetap diutamakan apatah lagi memerlukan lebih perhatian berbanding mereka yang tidak. Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya bercampur minyak semula jadi lalu mengundang masalah kelemumur yang serius.

Setiap individu perlu mengetahui analogi, fisiologi dan punca biasa untuk lebih memahami dan menjaga kesihatan rambut. Biasanya masalah kelemumur ini disebabkan beberapa perkara, iaitu seborrheic dermatitis, kulit kepala kering, gatal dan berkeruping, kurang mencuci rambut, psoriasis, ekzema, sensitif pada sesetengah produk dan juga disebabkan jangkitan yis malassezia.

Seborrheic dermatitis biasanya menunjukkan simptom gatal-gatal, kulit kepala berminyak atau kulit kepala kering, gatal dan berkeruping. Keadaan ini disebabkan cuaca panas. Bentuk keruping disebabkan kulit kepala kering biasanya kecil-kecil dan kurang berminyak berbanding lain-lain punca yang menyebabkan kelemumur.

Bagi wanita yang kurang mencuci rambut juga mudah mendapat masalah ini. Jika anda tidak membasuh rambut dengan kerap, minyak dan sel kulit daripada kulit kepala akan terbina, menyebabkan kelemumur.

Ada sesetengah wanita menghidap masalah psoriasis yang merupakan sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan. Keadaan ini biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala. Penghidap penyakit kulit ekzema juga biasa mengalami kelemumur.

Bagi wanita yang mengalami masalah sensitif pada sesetengah produk rambut akan menyebabkan kulit kepala menjadi kemerahan dan gatal. Sebenarnya, terlalu kerap mencuci rambut juga boleh menyebabkan kelemumur.

Masalah kelemumur ini juga boleh disebabkan jangkitan yis malassezia. Malassezia hidup pada permukaan kulit kepala hampir kesemua individu dewasa tanpa menyebabkan sebarang masalah. Namun apabila tidak terkawal, ia akan merembeskan lebih minyak daripada folikel rambut. Ini menyebabkan iritasi pada kulit kepala dan menggalakkan lebih banyak sel kulit terhasil. Lebihan sel kulit akan mati dan tertanggal dan bercampur dengan minyak daripada rambut dan kulit kepala, menyebabkan ia kelihatan memutih, berkeping dan jelas kelihatan pada rambut juga pakaian anda. Namun punca sebenar malassezia tidak diketahui. Boleh jadi disebabkan terlalu banyak minyak pada kulit kepala, perubahan hormon, tekanan, masalah saraf seperti parkinson, sistem imun terganggu, tidak mencuci dengan kerap dan semua masalah ini menyumbang kepada kelemumur.

Elok berjumpa dengan pakar dermatologi (pakar kulit) bagi mendapatkan rawatan yang tepat bagi masalah yang dialami.

# Artikel Dipetik Daripada Utusan Online.

Penyelesaian Masalah

Bagi tujuan kebersihan rambut, disyorkan untuk mencuba Syampoo Rambut Gamat GOLD 2-in-1. Ini kerana, Gamat mempunyai khasiat meremajakan semula sel, melembapkan permukaan kulit rambut, mengurangkan rasa gatal kepada kulit kepala. Cuci rambut anda setiap kali anda mandi dalam tempoh rawatan. Dicadangkan juga bagi kes yang kronik, amalkan juga Jeli Gamat GOLD sebagai penyelesaian punca masalah yang bermula dari dalam. Cubalah hari ini. Pertahankan kebersihan dan kecantikan "mahkota" anda.



Untuk Pesanan whatsapp 018-359 7495

Friday, 1 April 2016

Implikasi Radang Usus

Oleh Dr. Tan Huck Joo


IBS adalah gangguan fungsi usus dan bukannya struktur usus seperti ketumbuhan atau tumor.

Penyebab IBD

Adalah menjadi kebiasaan orang menganggap bahawa IBD disebabkan oleh apa yang kita makan kerana IBD mengakibatkan keradangan di dalam salur penghadaman. Namun begitu, tiada bukti yang menunjukkan bahawa tabiat makan kita menyebabkan IBD.

Sungguhpun penyebab IBD tidak diketahui sepenuhnya, doctor percaya bahawa IBD berlaku disebabkan sistem pertahanan badan bertindakbalas dengan tisu usus sendiri. Selain itu, faktor yang menyebabkan IBD ialah sejarah keluarga yang pernah menghidapi IBD, jangkitan, immunologik (berkenaan dengan sistem imuniti badan) dan juga faktor kesihatan fisiologikal. Apa yang mencetuskan sistem imun badan menyebabkan IBD masih belum dikenalpasti. Tabiat merokok direkodkan sebagai penyebab kepada penyakit Crohn's yang teruk.

Tanda dan gejala

Tanda gejala lazim adalah sakit pada bahagian abdomen dan cirit-birit. Tanda-tanda lain termasuk:

Cirit-birit yang mengandungi darah

Kehilangan selera makan

Penurunan berat badan

Keluaran lendir daripada dubur

Buang air besar berserta sakit atau berdarah

Keinginan membuang air besar yang mendesak

Kembung perut

Fistula atau penyakit di bahagian dubur. Keadaan ini biasa berlaku di mana terdapat lelehan lendir di sekeliling dubur di kalangan penghidap penyakit crohn's

Demam (berlaku semasa radang berlaku)

Perasaan letih (kurang darah merah, rasa tidak sihat secara umumnya)

Komplikasi

IBD boleh menyebabkan pendarahan dari ulser (penghidap ulseratif kolitis) dan menyebabkan usus tembus (atau pecah). Penghidap penyakit crohn's mungkin mengalami usus sempit (lubang usus menjadi separuh tersekat dan menyempit) disebabkan oleh keradangan.

Penyakit radang usus mungkin boleh mempengaruhi organ lain di luar salur penghadaman, seperti pada sendi, mata, kulit dan hati. Pesakit yang banyak menggunakan ubat steroid untuk mengurangkan radang mungkin akan mendapat penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan osteoporosis. Dalam jangka masa panjang IBD boleh menyebabkan penghidap berisiko tinggi mendapat kanser kolon. Penghidap memerlukan pengawasan untuk mengenal pasti tanda awal kanser kolon.

Rawatan IBD

Disebabkan IBD merupakan penyakit kronik, ia memerlukan pengambilan ubat berjangka panjang. Objektif utama rawatan IBD adalah untuk mengkurangkan tindak- balas keradangan yang tidak normal. Sesetengah ubatan digunakan untuk merawat keradangan yang akut dan menjadikan penyakit ini terkawal. Ubatan lain berfungsi mengurangkan kekerapan keradangan dan menjadikan keadaan IBD stabil.

Steroids - Steroid akan diberikan kepada pesakit untuk penyakit yang aktif dan steroid hanya boleh digunakan dalam masa yang singkat. Steroids membantu mengurangkan gejala IBD tetapi tidak boleh menghalang IBD menjadi aktif. Kesan sampingan steroid sekiranya diambil dalam dos yang tinggi dan dalam masa yang panjang termasuk jerawat, katarak, osteoporosis( tulang reput) dan "moon face" (wajah bengkak menjadi bentuk bundar).

Mesalazine - Ubat ini berguna untuk mengawal IBD. Pesakit perlu mengambilnya dalam jangka masa yang panjang.Mesalazinine juga berguna semasa keradangan yang aktif.

Immunosippression - Kumpulan ubatan ini digunakan untuk menekan sistem imun (disebabkan IBD adalah penyakit berkaitan dengan reaksi imun badan sendiri). Malangnya, ubat ini lambat tindakannya, tetapi berguna untuk membantu pesakit yang penyakitnya tidak terkawal sepenuhnya dengan penggunaan ubat masalazine. Ianya juga mengurangkan kekerapan pengambilan steroid dan ubat ini mempunyai kurang kesan sampingan jangka panjang. Akan tetatpi, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kuman dan pemantauan ujian darah perlu dilakukan.

Anti-TNF agen - "Tumour necrosis factor" (TNF) adalah diperolehi dari sel darah putih dan ianya bertindak untuk memperbaiki tisu yang rosak. Inflixamab adalah anti-TNF antibodi yang telah diperakui untuk merawat penyakit crohn's dan ulser kolitis yang tahap sederhana hingga ke tahap teruk. Tetapi ubat ini agak mahal.

Antibiotik - Mtronidazole dan ciprofloxacin adalah dua antibiotik yang digunakan untuk merawat IBD. Ubat ini berguna untuk merawat IBD yang ringan dan akut. Tetapi ubat ini tidak berkesan untuk menstabilkan penyakit IBD.

Pembedahan - Pembedahan berpotensi penyembuhan penyakit ulser kolitis tetapi tidak berkesan untuk penyakit crohn. Pembedahan selalu disarankan untuk pesakit yang tidak tahan dengan kesan sampingan ubat dan pengambilan ubat tidak mendatangkan kesan. Doktor juga akan melakukan pembedahan terhadap penghidap ulser kolitis sekiranya terdapat tanda-tanda permulaan kanser atau telah menjadi kanser. Untuk penyakit crohn's, pembedahan adalah dianjurkan untuk pesakit yang menderita dengan komplikasi penyakit dan penyakit yang tidak bertindak-balas terhadap ubat-ubatan

Probiotik - Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan probiotik sebagai terapi ajuvan untuk menstabilkan penyakit dan mengurangkan radang ulser kolitis yang ringan hingga radang yang sederhana. Ia boleh menstabilkan remisi yang berlaku di pouchitis (selalunya berlaku selepas pesakit menjalani pembedahan ulser kolitis).

Tip untuk pesakit yang hidup dengan IBD

Organisasi Gastroenteologi Dunia menyarankan petua ini untuk penghidap IBD:

1. Belajar tentang IBD dan tanda gejalanya.

2. Ingat bahawa setiap penghidap IBD adalah berbeza.

3. Cari seseorang yang boleh berkongsi dan mendengar masalah anda dan juga dapat bersimpati terhadap penyakit yang anda tanggung.

4. Makan secara seimbang.

5. Jangan melakukan aktiviti berlebihan yang diri anda tidak mampu melakukan.

6. Tanyakan pemberi perkhidmatan kesihatan anda tentang ubat yang anda makan, apakah kesan sampingannya dan berapa lama jangka masa penggunaannya.

# Dr. Tan Huck Joo adalah presiden Persatuan Gastroenterologi & Hepatologi Malaysia. Penulis rencana ini tidak menyokong dan tidak mempunyai kaitan dengan sebarang jenama atau produk

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my © Utusan Melayu (M) Bhd


Hubungi admin 018-3597495 untuk pesanan=)

Jom Like & Share page House Of Gamat GOLD Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...